Lokasi
pameran inovasi ini adalah di sepanjang koridor berhadapan dengan Jabatan Sains dan
Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP). Keseluruhannya, terdapat 13 kumpulan yang
melibatkan 8 Pismp Sains 1 dan 2. Sekitar jam 8.45 pagi, semua kumpulan telah
bersiap sedia dan para pengunjung dilihat mula mengunjungi booth-booth pameran.
Pengunjung pertama ke booth kami adalah
sekumpulan kecil pelajar lelaki 8 Pismp Matematik. Salah seorang daripada kami
telah memberi penerangan berkaitan Wonder Kit dan konsep kestabilan yang
diaplikasikan kepada mereka. Mereka telah melaksanakan sendiri aktiviti
mengikut arahan aktiviti yang tertera di Wonder Kit. Alhamdulillah, respon yang
diberikan oleh setiap daripada mereka amat positif. Walaupun mereka adalah dari
kumpulan major yang berlainan, namun mereka memahami konsep asas kestabilan dan
mengatakan inovasi ini sesuai sebagai aktiviti kepada murid untuk mempelajari
konsep kestabilan. Penggunaan bongkah kubus yang berkaitan dengan subjek
Geometri juga menarik perhatian mereka. Selepas memberi penerangan, kami telah
meminta mereka memberi sokongan dengan mengisi borang soal selidik.
Selepas itu, terdapat
dua orang pensyarah dari Jabatan Ilmu Pendidikan telah berkunjung ke booth
kami. Salah seorangnya adalah Encik Wee Kok Leng. Mereka telah menjalankan
sendiri aktiviti secara hands on dan
telah memberikan respon yang amat menggalakkan. Apa yang paling menarik
perhatian mereka adalah penghasilan meja getaran dan penggunaan magnet helaian
(magnet sheet) pada bongkah kubus. Mereka
turut bertanyakan tentang kos penghasilan inovasi ini.
Pengunjung yang datang terdiri daripada
guru-guru pelatih pengkhususan major PBM dan RBT, junior-junior major Sains serta rakan-rakan 8 Pismp Sains 1 dan 2
sendiri. Mereka telah mencuba sendiri aktiviti menguji kestabilan struktur
mengikut arahan pada kotak Wonder Kit. Setiap komen yang diberikan secara lisan
mahupun melalui borang soal selidik amat positif dan memberangsangkan.
 |
Antara
pengunjung yang singgah ke booth kami
|
 |
Memberikan
penjelasan tentang Wonder Kit kepada pengunjung
|
 |
Mendemonstrasikan pembinaan Meja Getaran |
Kira-kira jam 10.30 dan 11.30 pagi, Puan
Nordiana dan Dr Siti Hendon masing-masing telah mengunjungi booth kami untuk
membuat penilaian. Sebaik sahaja mereka tiba, kami telah memberi penerangan
dengan terperinci mengenai inovasi ini secara bergilir-gilir. Ia meliputi
apakah itu Wonder Kit, fungsinya, kelebihannya dan aktiviti membina struktur
dan menguji kestabilan struktur tersebut. Kami turut melakukan demonstrasi
aktiviti sebagai simulasi bagaiman aktiviti ini dijalankan oleh murid di
sekolah.
 |
Kehadiran
Dr. Siti yang membuat penilaian ke setiap booth
|
 |
Penilaian
sedang dilakukan oleh Puan Nordiana
|
Walaupun tempoh masa
pameran begitu singkat, kami masih berpeluang mengunjungi booth-booth
rakan-rakan yang lain. Banyak maklumat dan idea-idea baru telah kami peroleh
baik dari aspek topik kestabilan struktur mahupun topik-topik lain.
 |
Barisan
booth pameran yang terlibat
|
 |
Rakan-rakan
8 Pismp Sains 2 yang turut menjayakan pameran
|