Thursday, 20 September 2012


Hallo haaa ...

Ok, jom kita tengok apa yang boleh kita pelajari daripada perkataan KESTABILAN ini. Stabil  itu sangat penting dalam semua perkara. Kalau tak stabil, banyak perkara buruk yang akan berlaku. So, jom kita kaji apa yang menyumbang ke arah kestabilan dalam konteks kestabilan struktur.



KESTABILAN STRUKTUR


DEFINISI KESTABILAN STRUKTUR :

  • Struktur yang tidak mudah tumbang apabila dikenakan daya ke atasnya
  • Kestabilan sesuatu objek bergantung kepada
  1. Luas tapak
  2. Ketinggian


  • Struktur lebih stabil sekiranya mempunyai luas tapak yang lebih besar
basikal roda dua





basikal roda tiga
Gambar : Basikal beroda tiga lebih stabil berbanding basikal beroda dua kerana basikal beroda tiga mempunyai luas tapak yang lebih luas berbanding basikal beroda dua





  • Struktur juga lebih stabil sekiranya lebih rendah


bas dua tingkat

bas satu tingkat

  • Objek yang lebih rendah adalah lebih stabil dibandingkan dengan objek yang lebih tinggi sekiranya luas tapak objek adalah sama


0 comments:

Post a Comment