PIRAMID TU APA?
Tahukah kamu apakah struktur binaan yang paling kukuh ?
Tahukah kamu apakah struktur binaan yang paling kukuh ?
Pernahkah
anda mendengar perkataan PIRAMID?
Apakah
itu PIRAMID? Stabil sangat ke?
Mari
kita selami apakah itu PIRAMID ok?
Piramid merujuk kepada bentuk geometri
yang terdiri daripada satu tapak dengan pepenjuru yang bersambung dengan
kemuncak yang sama, membentuk segitiga. Sekiranya tidak dinyatakan, tapak
biasanya empat segi sama. Isipadu piramid adalah A × h / 3, dimana A merupakan
luas tapak dan h merupakan ketinggian tapak sehingga ke puncak.
Bangunan
berbentuk piramid telah dibina oleh banyak kebudayaan silam. Yang paling
terkemuka di antara bangunan piramid adalah di Mesir silam, dimana piramid
diperbuat daripada batu padu dibina sebagai makam firaun. Piramid
Mesir pertama dibina pada Zaman Kerajaan Lama oleh arkitek Imhotep
untuk Raja Zoser
(2650 SM).
Piramid yang
paling terkenal ialah di Giza, iaitu Piramid Besar Kufu, salah satu daripada tujuh
benda ajaib di dunia.
Piramid ini siap dibina pada tahun 2600 SM, mengambil masa 20 tahun,
mengandungi 2 juta batu blok yang setiap satunya seberat 1 tan dan tapaknya
pula seluas 13 ekar (5 hektar) dan tingginya 482 kaki. Piramid Mesir mempunyai
permukaan batu kapur yang licin dan sudah tentunya kelihatan hebat ketika ia
siap dibina. Pada masa sekarang kebanyakan kelonsong batu kapur tersebut
telahpun diambil sebagai bahan binaan bangunan sekitarnya pada zaman
selepasnya, meninggalkan permukaan batu kasar yang kelihatan pada masa
sekarang.
Di selatan Mesir, terdapat juga piramid dibina oleh orang-orang Nubia. Orang-orang Nubia membina lebih banyak piramid berbanding orang-orang Mesir, tetapi ia jauh lebih kecil. Piramid Nubia dibina lebih curam berbanding piramid Mesir dan merupakan tugu untuk raja yang meninggal dan bukanya sebagai makam. Piramid Nubia dibina sehingga 300s S.M. (A.D.)
Orang-orang Babylon
juga membina piramid bertingkat yang dikenali sebagai piramid bertingkat,
sementara piramid yang dibina di Mesopotamia biasanya dikenali sebagai
ziggurat. Menara Babel dalam kitab Injil dipercayai
merujuk kepada ziggurat orang-orang Babylon.
Piramid di Mexico
Beberapa
peradapan Mesoamerika
seperti Maya,
juga membina binaan berbentuk pyramid. Ia biasanya bertingkat dan selalunya
digunakan sebagai tempat pengorbanan manusia dan haiwan.
Terdapat juga
monumen silam berbentuk piramid di Amerika
Tengah dan sebahagian Asia.
0 comments:
Post a Comment