Sunday, 30 September 2012

Pameran Inovasi - 21 September 2012

Lokasi pameran inovasi ini adalah di sepanjang koridor berhadapan dengan Jabatan Sains dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP). Keseluruhannya, terdapat 13 kumpulan yang melibatkan 8 Pismp Sains 1 dan 2. Sekitar jam 8.45 pagi, semua kumpulan telah bersiap sedia dan para pengunjung dilihat mula mengunjungi booth-booth pameran.

Pengunjung pertama ke booth kami adalah sekumpulan kecil pelajar lelaki 8 Pismp Matematik. Salah seorang daripada kami telah memberi penerangan berkaitan Wonder Kit dan konsep kestabilan yang diaplikasikan kepada mereka. Mereka telah melaksanakan sendiri aktiviti mengikut arahan aktiviti yang tertera di Wonder Kit. Alhamdulillah, respon yang diberikan oleh setiap daripada mereka amat positif. Walaupun mereka adalah dari kumpulan major yang berlainan, namun mereka memahami konsep asas kestabilan dan mengatakan inovasi ini sesuai sebagai aktiviti kepada murid untuk mempelajari konsep kestabilan. Penggunaan bongkah kubus yang berkaitan dengan subjek Geometri juga menarik perhatian mereka. Selepas memberi penerangan, kami telah meminta mereka memberi sokongan dengan mengisi borang soal selidik. 

Selepas itu, terdapat dua orang pensyarah dari Jabatan Ilmu Pendidikan telah berkunjung ke booth kami. Salah seorangnya adalah Encik Wee Kok Leng. Mereka telah menjalankan sendiri aktiviti secara hands on dan telah memberikan respon yang amat menggalakkan. Apa yang paling menarik perhatian mereka adalah penghasilan meja getaran dan penggunaan magnet helaian (magnet sheet) pada bongkah kubus. Mereka turut bertanyakan tentang kos penghasilan inovasi ini.

Pengunjung yang datang terdiri daripada guru-guru pelatih pengkhususan major PBM dan RBT, junior-junior major Sains serta rakan-rakan 8 Pismp Sains 1 dan 2 sendiri. Mereka telah mencuba sendiri aktiviti menguji kestabilan struktur mengikut arahan pada kotak Wonder Kit. Setiap komen yang diberikan secara lisan mahupun melalui borang soal selidik amat positif dan memberangsangkan.


Antara pengunjung yang singgah ke booth kami


Memberikan penjelasan tentang Wonder Kit kepada pengunjung

Mendemonstrasikan pembinaan Meja Getaran


Kira-kira jam 10.30 dan 11.30 pagi, Puan Nordiana dan Dr Siti Hendon masing-masing telah mengunjungi booth kami untuk membuat penilaian. Sebaik sahaja mereka tiba, kami telah memberi penerangan dengan terperinci mengenai inovasi ini secara bergilir-gilir. Ia meliputi apakah itu Wonder Kit, fungsinya, kelebihannya dan aktiviti membina struktur dan menguji kestabilan struktur tersebut. Kami turut melakukan demonstrasi aktiviti sebagai simulasi bagaiman aktiviti ini dijalankan oleh murid di sekolah.

Kehadiran Dr. Siti yang membuat penilaian ke setiap booth


Penilaian sedang dilakukan oleh Puan Nordiana 



Walaupun tempoh masa pameran begitu singkat, kami masih berpeluang mengunjungi booth-booth rakan-rakan yang lain. Banyak maklumat dan idea-idea baru telah kami peroleh baik dari aspek topik kestabilan struktur mahupun topik-topik lain.

Barisan booth pameran yang terlibat

Rakan-rakan 8 Pismp Sains 2 yang turut menjayakan pameran


0 comments:

Post a Comment