Thursday, 20 September 2012

Eksperimen Kestabilan

Daripada inovasi yang dihasilkan iaitu Wonder Kit, guru boleh melaksanakan eksperimen kestabilan. 



Prosedur eksperimen adalah seperti berikut :

1. Bina model struktur yang berlainan ketinggian dengan menggunakan bongkah-bongkah kubus. (seperti rajah yang ditunjukkan)


Contoh struktur

2. Ramalkan struktur manakah paling stabil dan paling tidak stabil.

3. Bina sebuah 'Meja Getaran seperti rajah di bawah dengan menggunakan 4 biji bola dan 2 gelang getah.


Contoh
4. Kemudian, letakkan ketiga-tiga model struktur di atas 'Meja Getaran'.

5. Hasilkan simulasi gempa bumi dengan menarik papan lapis atas dan kemudian lepaskannya.

6. Kenal pasti model struktur yang manakah tumbang terlebih dahulu.

7. Ulang langkah 1 hingga 6 dengan menggunakan 3 model struktur yang berlainan luas tapak.

1 comments: