Thursday, 20 September 2012

Persembahan Inovasi Wonder Kit

Terdapat empat perkara yang kami sediakan dan persembahkan untuk hari inovasi iaitu :

1. Wonder Kit 

Pandangan sisi
Bahagian dalam 
Kami 3 Suara akan meminta wakil daripada mana-mana pelajar institut untuk mencuba eksperimen kestabilan yang telah disediakan. Wakil pelajar hanya perlu membaca arahan yang terdapat pada Wonder Kit untuk memahami prosedur eksperimen.

2. Papan Kenyataan
Papan kenyataan persembahan 
Papan kenyataan ini berfungsi sebagai bantuan kepada kami untuk menerangkan kepada orang awam mengenai inovasi yang telah kami hasilkan. Pada papan kenyataan ini juga menerangkan fungsi dan kelebihan Wonder Kit dengan jelas agar pengunjung dapat mengetahui jenis dan serba sedikit latar belakang inovasi yang kami perkenalkan.

3. Borang soal selidik 

Contoh soal selidik
Soal selidik ini sangat diperlukan untuk mendapat maklum balas orang ramai terhadap inovasi yang kami cipta ini samada positif atau negatif. Soalan-soalan yang dikemukan adalah mudah untuk difahami dan menjimatkan masa kerana mereka hanya perlu menanda pada kotak yang terdapat simbol 'ya' atau simbol 'tidak'. Pengunjung juga boleh menulis komen dan catatan pada ruang yang disediakan. 

4. Brosur

Bahagian 1
Bahagian 2
Brosur ini berperanan bagi memberi pendedahan atau gambaran ringkas terhadap inovasi yang dihasilkan. Di dalam brosur ini juga terdapat isu-isu yang dibangkitkan mengenai topik kestabilan serta definisi dan pelbagai gambar-gambar bangunan yang mengaitkan dengan topik kestabilan ini. 


1 comments:

  1. wah cantiknya brosur kumpulan awak , siapa yang buat tu?

    ReplyDelete